GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah koperasi bergelar Datuk kerana disyaki menerima wang suapan daripada pemilik syarikat pembekal makanan dan minuman yang berjumlah kira-kira lebih RM250,000.

Sumber berkata, suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai ditahan ketika diminta hadir di SPRM Kuala Lumpurkira-kira jam 5 petang, semalam.

Menurut sumber, suspek meminta dan menerima wang suapan dengan menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) pemilik syarikat pembekal makanan dan minuman terbabit sebagai balasan membantu mendapatkan kerja-kerja pembekalan makanan dan minuman bagi sebuah agensi penguat kuasa sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lalu.

Beliau berkata, kad ATM itu dipercayai ditemui dalam kawalan OKT dan suspek mengakui mengeluarkan wang beberapa kali menggunakan kad berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur,Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 5:22 PM