ANTARA penyokong yang hadir ke Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum di hadapan Pintu 2, Istana Negara, Kuala Lumpur, 23 Januari lalu. FOTO arkib NSTP
ANTARA penyokong yang hadir ke Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum di hadapan Pintu 2, Istana Negara, Kuala Lumpur, 23 Januari lalu. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kertas siasatan himpunan 'Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara' sudahdirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan setakat ini 20 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatandirujuk kepada TPR semalam dan kita masih menunggu keputusan pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"Seramai 20 orang terdiri daripada saksi awam dan polis diambil keterangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang berhimpun di hadapan pintu dua Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara.

Himpunan itu dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2024 @ 4:48 PM