Muhaamad Hafis Nawawi


Shah Alam: Polis sedang mengemas kini kertas siasatan berkaitan jurugambar sambilan akhbar tempatan dan peguam yang terbabit dalam pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, keterangan kedua-dua pihak sudah diambil selepas mereka tampil membuat laporan polis semalam.

"Selepas kertas siasatan dilengkapkan kita akan merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

"Buat masa ini kita sedang mengemas kini kertas siasatan selepas keterangan mereka diambil semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam polis mengesahkan menerima laporan daripada jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan dan peguam yang terbabit dalam insiden pergaduhan di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Kedua-dua pihak tampil membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 di sini.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 11:50 AM