Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika Program Perintis Rapid KL Safety Point di sekitar MRT ibu kota hari ini. FOTO NUR RAIHANA ALIA
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika Program Perintis Rapid KL Safety Point di sekitar MRT ibu kota hari ini. FOTO NUR RAIHANA ALIA
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung penyerahan memorandum 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di pintu 2 Istana Negara di sini, pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan yang dilengkapkan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), minggu lalu.

"Kita (polis) sudah serah kepada TPR dan sedang menunggu keputusan," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan Projek Perintis Rapid KL Safety Point di Stesen Monorel Hang Tuah di sini, hari ini.

Terdahulu, laporan polis dibuat berkenaan penyerahan memorandum 'Himpunan Selamatkan Rakyat' pada jam 10 pagi hari sama.

Polis mendapati terdapat kira-kira 700 orang daripada penyokong parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam berkumpul dalam perhimpunan berkenaan.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2024 @ 3:27 PM