KEDUA-DUA mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba
KEDUA-DUA mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba
Juwan Riduan


Papar: Seorang lelaki dan anak saudaranya ditemukan lemas selepas mandi di Sungai Kaiduan, Kinarut, di sini, petang tadi.

Mangsa Maxemanual Jurus, 18, dan Alvin Shane Surazal, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, kedua-dua mangsa datang ke sungai itu bersama beberapa ahli keluarganya untuk beriadah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.42 petang berhubung kejadian itu.

Katanya, dua remaja lelaki dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan.

"Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam. Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan pegawai perubatan bertindak memberi bantuan pernafasan kecemasan kepada mangsa.

"Bagaimanapun Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia 5.48 petang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada 6.28 petang tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 7:34 PM