Dua budak lelaki 11 tahun ditemui lemas di Sungai FELDA Kelamah, Gemas, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Dua budak lelaki 11 tahun ditemui lemas di Sungai FELDA Kelamah, Gemas, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Gemas: Dua budak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas di Sungai FELDA Kelamah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai rakan, pergi ke sungai berkenaan untuk mandi sebelum lemas.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Kamarudin Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.41 petang, sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota termasuk Pasukan Penyelamat Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa dibawa naik oleh orang awam dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mereka meninggal dunia.

‘Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 6:28 PM