Seorang penghantar barang, D Krisha Rao, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret. FOTO AZRUL EDHAM
Seorang penghantar barang, D Krisha Rao, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret. FOTO AZRUL EDHAM
Ahmad Hasbi


Seremban: Penghantar barang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu anggaran berat 112.482 kilogram (kg), dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh D Dkrishna Rao, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu anggaran berat 112.482 kg pada 9 Disember lalu, jam lebih kurang 8.55 malam bertempat di Jalan Tuanku Antah, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya, P Puspha tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili Peguam A Partheeban

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 12:14 PM