NUR Hawra Zinnirah yang ditinggalkan di sebuah rumah di Batu 22 1/2 Kampung Pasir Tuntong, pada 24 September lalu. FOTO ihsan PEMBACA
NUR Hawra Zinnirah yang ditinggalkan di sebuah rumah di Batu 22 1/2 Kampung Pasir Tuntong, pada 24 September lalu. FOTO ihsan PEMBACA
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Baru dilahirkan namun sudah ditimpa nasib malang apabila seorang bayi ditinggalkan ibu kandung di atas lantai simen sebuah rumah dalam pembinaan.

Bayi malang diberi nama Nur Hawra Zinnirah bagaimanapun kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara usaha menjejaki keluarganya dilakukan.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Intan Shafika Shaidan berkata, bayi berusia dua bulan itu ditinggalkan di Batu 22 1/5, Kampung Pasir Tuntong, di sini pada 24 September lalu.

"Pihak kami memerlukan ibu kandung kepada kanak kanak ini bagi tujuan pemeliharaan dan penempatan bayi terbabit.

"Oleh itu, satu perintah interim penjagaan dikeluarkan mahkamah bagi membolehkan bayi itu ditempatkan di rumah jagaan JKM pada 3 November lalu," katanya.

Intan Shafika berkata, kes itu akan disebut semula pada 20 Disember ini.

"Kami berharap keluarga atau waris yang mengetahui keberadaan ibu kandung bayi ini menghubungi Unit Kanak-Kanak, Pejabat KebajikanMasyarakat Daerah Kuala Selangor di talian 03-328791495 dengan kadar segera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 12:29 PM