DEPOH JKM. FOTO Arkib NSTP
DEPOH JKM. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kota Bharu: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menghantar barangan keperluan seperti makanan serta bantuan lain ke semua pangkalan hadapan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia dihantar dari depoh utama negeri bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.

"Kita tak boleh tunggu banjir dulu baru nak hantar bantuan memang tidak sempat.

"Sebagai contoh depoh utama JKM di Pengkalan Chepa juga membuat penghantaran ke pangkalan hadapan di semua jajahan di Kelantan," katanya.

Beliau yang juga Ketua AWAN Nasional berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Monsun timur laut (MTL) berlaku bermula November hingga Mac tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2023 @ 3:42 PM