Foto hiasan. - Bernama
Foto hiasan. - Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak RM30 juta daripada keseluruhan RM60 juta peruntukan bantuan khas daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) disalurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada pesawah yang layak.

Timbalan Menteri berkenaan Chan Foong Hin berkata sumbangan sebanyak RM250 kepada pesawah yang layak itu dilakukan secara berperingkat dengan penyaluran pertama adalah berjumlah RM10 juta manakala kedua berjumlah RM20 juta.

"Penyaluran pertama dilakukan kepada tiga negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala penyaluran kedua sebanyak RM20 juta adalah kepada pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Penyaluran bantuan bagi pesawah di Perak dan negeri-negeri lain akan dilaksanakan pada peringkat yang seterusnya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang ingin tahu masalah yang menyebabkan petani di Perak belum mendapat sumbangan RM250 daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sedangkan sumbangan tersebut sudahpun disalurkan kepada kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 2:35 PM