Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersalam dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, September lalu. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, mengadakan perbincangan berkaitan perkembangan terkini membabitkan Palestin dan Israel.

Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi memaklumkan, perbincangan itu diadakan menerusi perbualan telefon.

"Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini membabitkan Palestin dan Israel," menurut catatan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang membabitkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 11:10 AM