MAYAT Muhammad Fahmi ditemui petang tadi. FOTO ihsan Bomba
MAYAT Muhammad Fahmi ditemui petang tadi. FOTO ihsan Bomba
Muhamad Lokman Khairi


Lumut: Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin, di sini, semalam ditemui 5.29 petang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, ditemui pada 50 meter dari lokasi mangsa disyaki jatuh.

"Bot bomba digunapakai di lokasi mangsa tenggelam dengan membuat beberapa pusingan dalam usaha untuk menaikkan mangsa.

"Pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM bertindak membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam.

"Mangsa kemudiannya timbul 10 meter dari lokasi selaman oleh Pasukan PPDA dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan 49 anggota pelbagai agensi serta komuniti nelayan ditamatkan pada 6 petang.

Berita berkaitan:

'Hanya nampak tangan Fahmi terkapai-kapai' - bapa

Remaja hilang ditarik ombak selepas selamatkan lelaki lemas

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2023 @ 6:45 PM