Wanita cedera di paha kiri akibat tusukan kayu selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Wanita cedera di paha kiri akibat tusukan kayu selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Baharu 500 meter meninggalkan pusat mengundi, seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini, hari ini, wanita berusia 57 tahun itu cedera di paha kiri akibat tusukan kayu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.02 petang sebelum 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kereta BMW dipandu mangsa dihempap pokok yang tumbang. Seorang mangsa iaitu wanita berusia 58 tahun cedera di paha kiri akibat tertusuk kayu yang terjatuh atas kereta mangsa.

"Mangsa yang mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abdul Rahman Yassin, baharu selesai mengundi dan lokasi kejadian hanya 500 meter dari pusat mengundi.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihak bomba kemudian bertindak memotong pokok yang tumbang dengan menggunakan dua unit gergaji rantai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 7:17 PM