Mangsa diselamatkan anggota bomba dan dibantu orang ramai. FOTO ihsan bomba
Mangsa diselamatkan anggota bomba dan dibantu orang ramai. FOTO ihsan bomba
Muhamad Izzat Nasuruden

Ipoh: Lelaki berusia 40-an patah kaki kiri apabila dihempap sebatang pokok tumbang ketika menunggang motosikal bersendirian di Lorong Bercham 6, Kampung Bercham, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.28 pagi tadi mengenai kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi anggota bertugas mendapati motosikal bersama penunggangnya dihempap sebatang pokok tumbang ketika melalui laluan berkenaan.

"Anggota bertugas bertindak menggunkan gergaji rantai untuk memotong pokok yang menghempap mangsa lalu dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian di arahkan untuk melakukan kerja pemotongan dahan dan batang pokok menggunakan gergaji rantai.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zabidi Sehibi itu tamat pada 8.32 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 2:25 PM