SEORANG bekas pembantu tadbir didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah mengemukana butiran matan palsu. FOTO Ihsan SPRM.
SEORANG bekas pembantu tadbir didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah mengemukana butiran matan palsu. FOTO Ihsan SPRM.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seorang bekas pembantu tadbir sebuah syarikat cari gali didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan butiran matan palsu bagi tuntutan kerja sanitasi di syarikat miliknya bekerja.

Tertuduh, Abdul Rahman Ahad, 27, mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan pilihan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 20 Disember 2021, di pejabat Carigali-PTTEPI Operating Company Sdn Bhd dengan curang menggunakan sebagai tulen dua dokumen iaitu resit bagi invois berjumlah RM1,500 dan resit bagi invois RM1,500 yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen berkenaan adalah palsu.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, tertuduh pada 17 Januari dan pada 13 Februari 2022 didapati mengemukakan resit berjumlah RM1,500 palsu.

Manakala bagi pertuduhan pilihan ketiga, beliau pada 13 Februari 202/ mengemukakan dua dokumen resit berjumlah RM1,500 yang palsu.

Susulan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun yang sama (Akta 574).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2023 @ 4:13 PM