TANGKAP layar video tular memaparkan penyokong selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dan KDA FC yang berakhir di Stadium Bandaraya, malam tadi.
TANGKAP layar video tular memaparkan penyokong selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dan KDA FC yang berakhir di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berakhir di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi dicemari dengan insiden pergaduhan.

Pergaduhan itu dipercayai membabitkan kumpulan penyokong dua negeri terbabit, berlaku selepas perlawanan berakhir di perkarangan stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari stadium.

Berdasarkan video 1 minit 42 saat itu yang tular, penyokong kedua-dua pihak dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi.

Pergaduhan dipercayai tercetus sebelum masing-masing membaling objek dipercayai botol minuman.

Bagaimanapun keadaan menjadi tenang selepas pihak polis hadir di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 10:48 AM