MOHD Ramddan dan Kisdalliana yang maut selepas kereta dinaiki terbabas. FOTO Ihsan Bomba
MOHD Ramddan dan Kisdalliana yang maut selepas kereta dinaiki terbabas. FOTO Ihsan Bomba
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Gopeng: Suami isteri yang maut selepas kereta dinaiki terbabas di KM 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu, di sini, hari ini, dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli untuk anaknya yang baharu mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43, maut di tempat kejadian manakala ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan, 7 parah di kepala.

Ketua Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata selepas menghantar seorang daripada anak mereka ke kolej berkenaan, empat beranak berasal dari Tronoh itu keluar untuk membeli barangan.

"Mereka kemudian (ingin) kembali semula ke kolej untuk menghantar barang yang dibeli namun dalam perjalanan (sampai) di tempat kejadian, kemalangan berlaku," katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohamad Nazri, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di kawasan kilang memproses tayar terpakai.

Katanya, polis yang tiba mendapati kereta Proton Perdana dipandu oleh Noraini dari arah Gopeng menuju arah Kota Bharu berada di atas pagar kawasan kilang itu dengan bahagian hadapannya menghala ke arah jalan.

Menurutnya, punca kemalangan dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, bedah siasat dilakukan jam 10 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 10:16 PM