PANGKALAN TLDM Lumut (gambar fail) FOTO L Manimaran
PANGKALAN TLDM Lumut (gambar fail) FOTO L Manimaran
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan mengaktifkan Tabung Tragedi Lumut 24 bertujuan memudahkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas itu.

Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan memaklumkan tabung berkenaan akan diaktifkan berkuat kuasa hari ini.

Sumbangan boleh dihulurkan terus secara atas talian kepada akaun Affin Bank dengan menyatakan 'Tabung Tragedi Lumut 24' sebagai rujukan atau melalui cek atas nama 'Tabung Kebajikan Angkatan Tentera' dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur.

Nama dan nombor akaun ialah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), 100040001752 (Affin Bank).

Pada 23 April lalu, negara dikejutkan dengan insiden dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas ketika menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Insiden itu, yang berlaku di Pangkalan TLDM Lumut, mengorbankan kesemua 10 anggota dalam dua pesawat terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2024 @ 4:02 PM