Chery Auto Malaysia.
Chery Auto Malaysia.
Siti Norhidayah Mohd Yunus


Kuala Lumpur: Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai untuk pelanggan di Malaysia.

Syarikat itu berkata, pihaknya berdedikasi untuk memastikan semua kenderaannya memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi.

"Kami ingin memberikan maklumat terkini mengenai hal gandar (axle) kenderaan model Omoda 5, baru-baru ini.

"Chery Auto Malaysia sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan itu," katanya.

Tambahnya, kenderaan terbabit sudah dibawa ke pusat servis kami untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh dilakukan.

"Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan kami, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan terbabit.

"Bagi memberi ketenangan minda, pelanggan yang khuatir boleh menempah janji temu di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2024 @ 4:21 PM