BUFET Ramadan bertemakan Selera Serantau di One World Hotel menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa.
BUFET Ramadan bertemakan Selera Serantau di One World Hotel menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa.
Oleh Suliati Asri


Sempena Ramadan ini, One World Hotel menerusi Cinnamon Coffee House yang serba baharu menyediakan pelbagai hidangan yang berbuka puasa yang pasti menggamit rasa.

Dengan konsep dapur interaktif yang mempamerkan kepelbagaian masakan, bufet Ramadan bertemakan Selera Serantau ini menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasakan tempatan dan antarabangsa.

Hidangan utama yang tidak harus dilepaskan ketika berpuasa di Cinnamon Coffee House ini adalah kambing panggang yang diperap dengan rempah istimewa.

Selain kambing bakar, hidangan bufet ini menampilkan makanan tradisional asli kampung seperti ayam panggang percik dan daging perap panggang tenderloin dengan campuran perencah, murtabak, pelbagai jenis ikan panggang, aneka sate, opor daging masak pekan, gulai kawah kambing dan banyak lagi.

Bagi penggemar masakan Melayu, antara hidangan utama yang menanti adalah bubur lambuk, ayam rendang Minang, gulai daging utara, dalca kari kambing, ketam bercili, ikan patin masak tempoyak, gulai ikan bersama bendi.

Sup gearbox, tulang rawan, ekor dan banyak lagi yang disajikan secara bergilir sebagai pelengkap hidangan.

Jika pelanggan inginkan masakan selain Melayu, juadah lain seperti nasi ayam hainan, sup masam dan szechuan, mi goreng kantonis di Stesen Cina, manakala udang dan kambing masala, ayam tandoori di stesen makanan India.

Di kaunter makanan laut pula mengajikan pengunjung dengan lobster slipper, udang harimau, kerang biru dan hitam serta makanan laut atas ais seperti tiram segar, ketam, udang, kerang hidangan sashimi dan sushi juga disajikan buat penggemar makanan Jepun.

Pelbagai pilihan pencuci mulut antaranya aneka kuih Melayu, pulut serawa durian, ais kacang, cendol, aneka agar-agar serta enam jenis aiskrim menjadi pelengkap bufet.

Untuk Stesen Goreng-goreng di mana pengunjung boleh menikmati keropok lekor, pisang dan keledek goreng pastinya pelengkap sajian berbuka puasa pada hari itu.

Bufet Ramadan Selera Serantau di Cinnamon Coffee House ini bermula pada 23 Mac hingga 21 April dengan harga RM208 nett untuk dewasa dan RM104 nett untuk kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai bufet Ramadan Selera Serantau ini, hubungi talian 03-7681 1157 atau hantarkan WhatsApp ke https://wa.me/ 60162109521.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 7:45 AM