ANTARA hidangan ditawarkan.
ANTARA hidangan ditawarkan.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Ramadan ini, Chakri Palace membawakan masakan Thailand dan tempatan dengan 50 menu untuk dinikmati hasil tangan cef dari negara itu.

Hidangan asli dari negara itu seperti kerabu mangga dan kerabu betik antara yang disediakan bersama pembuka selera terkenal dengan tujuh bahan seperti mieng kam selain samosa popia goreng Thai dan bihun goreng rangup Thai.

Untuk hidangan utama, nikmati pilihan masakan domba kari hijau kambing, udang sos mentega dengan telur asin, sotong goreng dengan telur asin, tomyam makanan laut, daging lembu dengan sos lada hitam dan ikan dengan sos manis serta sambal.

Untuk menghargai tempoh istimewa ini, restoran ini turut memperkenalkan pelbagai masakan kegemaran Malaysia, termasuk rendang daging tok, masak lemak gulai daging, ayam kapitan dan nasi beriani.

Ditampilkan di kios masakan panas pula ialah sate ayam dan daging, ikan bakar dan mi tomyam.

Akhirnya, manjakan diri dengan makanan penutup Thailand yang terkenal seperti red ruby waterchestnut, pulut mangga Thailand dan hidangan kegemaran tempatan seperti kuih-muih Melayu, bubur jagung, pisang dan banyak makanan lazat lain.

Bufet Ramadan dan makan malam hidangan Thailand Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion akan tersedia setiap hari bermula 30 Mei.

Hidangan bufet akan disediakan bergilir dengan tiga menu berbeza khusus untuk Ramadan dan dibuka mulai jam 7 malam. Harga di KLCC iaitu RM95.90 dan RM85.90 (Pavilion) untuk setiap dewasa manakala RM49.90 (KLCC) dan RM42.90 (Pavilion) untuk kanak-kanak berusia antara enam dan 10 tahun serta warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Manakala percuma untuk kanak-kanak bawah enam tahun.

Tempahan awal sebelum 30 Mei untuk menikmati potongan harga iaitu RM75.90 di KLCC dan RM65.90 (Pavilion) bagi dewasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 10:48 AM