HIDANGAN set Jepun boleh didapati setiap Isnin hingga Jumaat.
HIDANGAN set Jepun boleh didapati setiap Isnin hingga Jumaat.
Rudy Syareme Sheriffudin

Hotel Lexis Suites Penang (LSP) menawarkan promosi istimewa set bufet stimbot dan lapan set makanan di Roselle Coffee House dan Restoran Umi Japanese sempena sambutan Tahun Baru Cina, tidak lama lagi.

Bufet Makan Malam atau lebih dikenali Reunion Buffet Dinner disajikan bermula 15 Februari depan diikuti bufet stimbot bermula dari 5 Februari hingga 23 Februari depan.

Pengurus F&B LSP, Eric Cheng berkata, hidangan istimewa bermula daripada aneka salad, sup, makanan laut dan pencuci mulut pastinya menambah menjadi pelengkap kepada sajian oriental asli.

Beliau berkata, pilihan makanan bermula daripada sup ‘lapan khazanah’, tiram masak fatt choi, nasi daun teratai dan tidak ketinggalan pelbagai aneka makanan laut seperti ikan, ketam bunga, udang, kepah dan lain-lain.

“Pengunjung yang menikmati set stimbot boleh membuat pilihan sup sama ada sup ayam atau tomyam pada harga RM88 (dewasa) dan RM55 (kanak-kanak dan warga emas) dan mereka berpeluang mendapatkan harga promosi iaitu RM68 untuk dua orang, RM128 (empat orang) dan RM328 (10 orang),” katanya.

Eric berkata, bagi mereka yang merancang untuk mengadakan majlis makan malam lapan set hidangan secara berkumpulan boleh menikmatinya sehingga 3 Mac depan pada harga RM788, RM888 dan RM1,188 untuk satu meja hidangan membabitkan 10 orang.

Beliau berkata, pengunjung turut berpeluang menikmati hidangan istimewa ayam panggang rangup dengan sos barbeku, ikan merah kukus dengan sos soya atau nasi goreng makanan laut manakala yee sang bersama ikan salmon turut disediakan secara percuma kepada pengunjung.

Katanya, bagi yang ingin menikmati hidangan set makan malam stimbot Jepun, ia disediakan setiap Isnin hingga Jumaat pada harga RM68 satu set untuk dua orang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 11:06 AM