HOTEL Hilton di seluruh Malaysia menyajikan hidangan yang bertemakan Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini.
HOTEL Hilton di seluruh Malaysia menyajikan hidangan yang bertemakan Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini.
Oleh Suliati Asri


Kuala Lumpur: Sepanjang ramadan ini, Hotel Hilton di seluruh Malaysia menyajikan hidangan Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini dengan menampilkan bufet bertema, hidangan istimewa dibawa pulang, makan sahur di bilik dan banyak lagi.

Menerusi 'Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini' ini, Hilton menjemput tetamu menghargai evolusi kulinari hidangan Ramadan dengan pelbagai tawaran merangkumi masakan klasik dan moden.

Kempen Ramadan 'Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini' ini bermula pada Mac hingga April dengan tarikh yang berbeza di setiap hotel.

Terkenal dengan konsep gerainya, Vasco di Hilton Kuala Lumpur mengetengahkan hidangan klasik seperti rendang pedas ayam kampung, roti john wagyu, kambing golek berempah marrocco, murtabak wagyu, oblong kambing, popiah basah lobster kambing, dan pelbagai lagi.

Di bahagian gerai pula, tetamu disajikan dengan hidangan kegemaran bergoreng seperti ketam cangkang lembut, sotong, udang, ketam cili, sayap ayam, puyuh berempah dan udang goreng. Serawa pulut durian Pulut Musang King, Puding diraja serta durian goreng turut disediakan.

Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan harga bermula dari RM258 nett dewasa dan RM128 nett untuk kanak-kanak.

Di Hilton Petaling Jaya, Paya Serai yang turut menyediakan bilik makan peribadi untuk tetamu pula menyajikan menu kesukaan ramai antaranya sup gearbox kaki kambing, Nasi dhalca dihidang bersama kari telur bersalut daging, Dalca tulang rawan, Ayam Rose dan sambal nyiur, empat sekawan (tumis darat gulai ikan talam masin cara Pulau Pinang, gulai kawah daging tetel dengan umbut pisang, shelled out masak lomak cili api dan kalio ayam, kari kepala ikan salmon nasi kandar style dan banyak lagi.

Bufet Paya Serai bermula pada harga RM208 nett untuk dewasa dan RM118 nett untuk kanak-kanak.

Hilton Kuala Lumpur juga menyediakan Bundle Promotion untuk empat orang bermula 12 hingga 24 Mac dan 6 hingga 9 April pada harga RM640 nett. Manakala pada 25 Mac hingga 5 April, harga adalah RM680 nett.

Bagi yang ingin menjamu selera di dalam bilik persendirian, harga bermula dari RM238 nett untuk dewasa dan RM138 nett untuk kanak-kanak.

Bagi penggemar makanan laut, Hilton Kuching tidak akan mengecewakan anda dengan pelbagai pilihan makanan laut atas ais, Station Sushi dan Maki & Sashimi Jepun.

Bukan itu saja, kambing panggang dengan nasi bukhari, beriani buluh udang galah, tomahawk panggang dalam ketuhar, signature salted wagyu brisket, aneka kuih Melayu dan roti john wagyu turut disajikan.

Semua hidangan ini boleh dinikmati pada harga RM338 untuk dewasa dan RM169 untuk kanak-kanak bermula 18 Mac hingga 6 April. Menariknya, kanak-kanak yang berbuka di sini akan mendapat beg cenderahati dan pek hadiah.

Hilton Kota Kinabalu pula, antara hidangan yang disajikan ialah ayam bakar pasu, sup mamak lamb shank, Sup Mamak Lamb shank, bubur lambuk Kampong Bharu, daging bakar ala Thai, ikan bakar Portugis, seafood bakar Jimbaran, kambing bakar tandoori dan gulai kawah ekor lembu.

Hidangan di Urban Kitchen yang bermula dari 11 Mac hingga 9 April itu dengan hanya RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak.

Kempen Ramadan 'Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini' ini bermula pada Mac hingga April dengan tarikh yang berbeza di setiap hotel.

Untuk pertanyaan atau tempahan lanjut, sila hubungi terus pihak hotel atau layari EatDrinkHilton.com

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 7:50 AM