NOR Mukshar (tiga kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk perumahan DBKL Setapak Jaya. FOTO Saifullizan Tamadi
NOR Mukshar (tiga kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk perumahan DBKL Setapak Jaya. FOTO Saifullizan Tamadi
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seramai 150 individu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Setapak Jaya, menerima sumbangan bakul makanan menerusi wakalah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat PPZ-Maiwp, Nor Mukshar Harun berkata, sumbangan itu adalah sumbangan tambahan sempena Ramadan.

"Penerima bakul makanan adalah individu yang menerima bantuan bulanan oleh PPZ-Maiwp sebelum ini.

"Sumbangan ini adalah tambahan sempena bulan Ramadan yang mulia ini," katanya ketika ditemui selepas mengagihkan sumbangan bakul makanan.

Menurutnya, pihaknya juga merancang untuk mengagihkan sumbangan bakul makanan ini di kawasan lain.

"Sumbangan ini adalah dari Wakalah iaitu dasar pengembalian wang zakat oleh Maiwp kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

"Ianya akan disampaikan PPZ-Maiwp kepada mereka yang layak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2023 @ 6:02 PM