AZHAR (kiri)  sudah dibenarkan pulang.
AZHAR (kiri) sudah dibenarkan pulang.
Zaid Salim


Kuala Terengganu: Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, sejak Selasa lalu sudah dibenarkan pulang.

Jurucakap Pertubuhan Fisabilillah Terengganu (Fisabilillah) berkata, pendakwah itu dibenarkan pulang selepas kesihatannya semakin baik, semalam.

Katanya, perkembangan terkini UAI turut dikongsi isterinya, Rogayah Sulong di Facebook, malah turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital dan semua pihak yang mendoakan UAI.

Difahamkan, buat masa ini, segala aktiviti keagamaan yang membabitkan Azhar ditangguhkan sementara hingga diberitahu kelak.

UAI yang juga penaung Fisabilillah dimasukkan ke HSNZ pada tengah hari Selasa lalu kerana batuk dan lelah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 6:09 PM