BAHRUN (tengah) bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) bersama pengamal media sempena sambutan Tahun Baharu Cina. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
BAHRUN (tengah) bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) bersama pengamal media sempena sambutan Tahun Baharu Cina. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

H: Kemudi rai pengamal media Tionghua

Siti Rohana Idris

[email protected]

Foto Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) meraikan sembilan pengamal media kaum Cina di negeri ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Presidennya Majidah Ismail berkata, program berkenaan diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama pengamal media di Kelantan.

"Sejak dua tahun kebelakangan ini, semua perayaan besar tidak dapat diraikan secara besar-besaran disebabkan pandemik Covid-19.

"Apabila situasi kini semakin pulih, Kemudi mengambil peluang untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama pengamal media berbangsa Cina di Kelantan," katanya pada majlis yang diadakan di Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Turut hadir, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Perdana, Bahrun Ismara Nor.

Wartawan Sin Chew Daily, Ang Wui Cheong, 50-an, berkata sambutan Tahun Baharu Cina sudah kembali normal bermula tahun lalu tetapi menganggapnya tidak meriah berikutan orang ramai masih berwaspada dengan penularan wabak Covid-19.

"Bagaimanapun, tahun ini saya rasa akan meriah kerana situasi dilihat semakin pulih dan saya tidak sabar untuk menunggu kaum keluarga yang tinggal di luar Kelantan pulang bagi menghadiri jamuan makan besar.

"Sebagai pengamal media, kami menerima banyak jemputan dari pelbagai pihak untuk hadir dalam sambutan Tahun Baharu Cina dan diharapkan tahun ini akan membawa lebih banyak 'ong'," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 12:57 PM