Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Wartawan Kumpulan Media Prima Berhad cemerlang di Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di sini, malam tadi.

Wartawan TV3, Shahnun Hanif Abdullah diangkat sebagai pemenang Laporan Gemilang dan Terbilang menerusi laporannya mengenai 'penemuan dinasour'.

Jurukamera TV3, Nik Zaidi Abu Bakar pula memenangi tempat pertama bagi kategori Visual Terbaik menerusi laporan 'Masjid Razaleigh'.

Wartawan sambilan BH, Syaheerah Mustafa memenangi tempat pertama kategori Rencana Akhbar Terbaik menerusi laporan 'Nilai kelingkan bagaikan emas'.

Harian Metro pula meraih tempat kedua bagi kategori Laporan Berita Terbaik menerusi Siti Norhidayatidayu Razali bagi laporan 'Monopoli Tok Bali'.

Wartawan BH, Nor Fazlina Abdul Rahim juga memenangi tempat kedua bagi kategori Laporan Khas Terbaik menerusi laporan bertajuk 'Miliki dua warganegara'.

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, plak dan sijil.

Siti Norhidayatidayu (kiri), Nor Fazlina dan Syaheerah bersama hadiah kemenangan MAKK di sini, malam tadi. Foto Nik Abdullah Nik Omar
Siti Norhidayatidayu (kiri), Nor Fazlina dan Syaheerah bersama hadiah kemenangan MAKK di sini, malam tadi. Foto Nik Abdullah Nik Omar

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 12:07 AM