Ahmad Ismail


Segamat: Jenazah kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera, di Senggarang, Batu Pahat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, di sini, kira-kira 5.30 petang, hari ini.

Jenazah kanak-kanak berkenaan sebelum itu tiba di Masjid Jamek Labis, dengan van jenazah diiringi kenderaan polis dan ahli keluarga pada 4.30 petang untuk disolatkan.

Sebelum itu, jenazah dibawa dari Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru kira-kira jam 3 petang selepas selesai proses bedah siasat.

Mangsa sebelum itu, didapati pengsan pada Jumaat lalu, sebelum dibawa ke klinik dan disahkan meninggal dunia pada 6.40 petang pada Isnin lalu, selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI.

Terdahulu, polis mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

JENAZAH kanak-kanak mangsa dera ketika tiba di Masjid Labis, Segamat sebelum dikebumikan. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
JENAZAH kanak-kanak mangsa dera ketika tiba di Masjid Labis, Segamat sebelum dikebumikan. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 7:25 PM