ANGGOTA APM Alor Gajah memasang khemah di PPS SRA JAIM di  Jelatang, Alor Gajah. Foto ihsan APM Alor Gajah.
ANGGOTA APM Alor Gajah memasang khemah di PPS SRA JAIM di Jelatang, Alor Gajah. Foto ihsan APM Alor Gajah.
Meor Riduwan Meor Ahmad


Alor Gajah: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan air sungai melimpah di kawasan rendah, sekali gus menjejaskan penduduk di dua taman di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata, antara kawasan terjejas adalah Taman Gadek Indah dan Taman Seri Bayu 2.

"Banjir menyebabkan penduduk dari Taman Seri Bayu 2, terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka di Jelatang, bagi menunggu air banjir surut.

"PPS ini dibuka jam 9.30 tadi dan ketika ini proses pendaftaran mangsa sedang berjalan," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh agensi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah di kawasan terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2022 @ 11:52 PM