FOTO Zaire Mohd Yasak
FOTO Zaire Mohd Yasak
Oleh Zaire Mohd Yasak


Alor Gajah: Lebih 150 penduduk di beberapa kawasan di daerah ini terpaksa bermalam di dua pusat pemindahan banjir, selepas kediaman mereka ditenggelami banjir kilat kira-kira 9 malam semalam.

Difahamkan, limpahan air Sungai Melaka ketika hujan lebat itu menyebabkan lapan kawasan iaitu Kampung Gadek Dalam, Binjai, Pengkalan, Jelatang, Kemuning, Taman Sri Dalong,Taman Sri Bayu 2 dan Jalan Keretapi Lama ditenggelami air.

Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Alor Gajah, Mohd Faizal Mat Yaacob berkata, semua mangsa di tempatkan di Balai Raya Gadek dan Sekolah Menengah Seri Pengkalan seawal 10 malam.

"Jumlah mangsa dijangka bertambah berdasarkan kenaikan paras air sebanyak 7.62 sentimeter (sm) setiap 30 minit sejak laporan pertama diterima pada 8 malam, bermula di Gadek.

"Kami menggesa mereka yang terjejas datang ke pusat penempatan bagi mengelak terperangkap atau terputus hubungan," katanya.

Beliau berkata, bekalan kecemasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencukupi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 10:13 AM