BEBERAPA jalan utama di Kuala Terengganu termasuk pada pagar jambatan tiang letrik dan telefon sudah berkibar bendera pelbagai parti, terutamanya bendera PAS dan Barisan Nasional (BN). FOTO Ghazali Kori
BEBERAPA jalan utama di Kuala Terengganu termasuk pada pagar jambatan tiang letrik dan telefon sudah berkibar bendera pelbagai parti, terutamanya bendera PAS dan Barisan Nasional (BN). FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply

Image

Kuala Terengganu: Sebanyak 14 aktiviti ceramah diadakan pada hari pertama berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di seluruh Terengganu, semalam.

Ketua Urusetia PRU-15 Polis Kontinjen Terengganu Superintendan Mohd Aluwi Husain berkata, daripada jumlah itu, empat daripadanya dikesan diadakan tanpa permit sebelum pihaknya bertindak menyuraikan ceramah berkenaan.

Menurutnya, semua parti politik, calon dan penyokong dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan permit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengikut kawasan bagi mengadakan sebarang bentuk ceramah.

"Polis akan sentiasa memantau aktiviti ceramah dan kempen parti-parti politik yang bertanding sepanjang tempoh berkempen diadakan.

"Kita juga menasihatkan dan memberi peringatan kepada semua calon dan penyokong parti-parti politik yang bertanding untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh 14 hari berkempen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Aluwi berkata, parti-parti yang bertanding perlu mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Katanya, parti politik yang bertanding juga perlu memastikan bahan kempen yang dipasang seperti bendera dan poster tidak mengganggu pandangan pengguna jalan raya dan tidak membahayakan keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2022 @ 5:12 PM