KHAIRY Jamaluddin (BN), R Ramanan (PH), GHAZALI (PN), Akmal (GTA), Ahmad (PRM), Syed Abdul Razak (Bebas) dan Nurhaalinda Basri yang akan bertanding bagi penamaan Calon P107 Parlimen Sungai Buloh. FOTO Hazreen Mohamad
KHAIRY Jamaluddin (BN), R Ramanan (PH), GHAZALI (PN), Akmal (GTA), Ahmad (PRM), Syed Abdul Razak (Bebas) dan Nurhaalinda Basri yang akan bertanding bagi penamaan Calon P107 Parlimen Sungai Buloh. FOTO Hazreen Mohamad
Muhammad Saufi Hassan


Image

Sungai Buloh: Bukan tiga penjuru sebaliknya perebutan kerusi panas di Parlimen Sungai Buloh menyaksikan tujuh penjuru termasuk dua calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Jusni Hashim mengumumkan perkara berkenaan sebaik tempoh penerimaan borang pencalonan dan tempoh bantahan tamat kira-kira jam 11 pagi, sebentar tadi.

"Semua pencalonan iaitu tujuh orang adalah disahkan dan layak untuk bertanding bagi Parlimen P107 Sungai Buloh.

Tujuh calon berkenaan adalah Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk R Ramanan (Pakatan Harapan), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia).

"Bagi dua calon Bebas adalah Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, dan Nurhaslinda Basri," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.

Untuk rekod, pada PRU-14 yang lalu, daftar pemilih untuk Parlimen ini adalah 90,707 dan jumlah itu bertambah menjadi 158,090 bagi PRU-15.

Daripada jumlah berkenaan, 9.25 perstus pemilih adalah golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 11:52 AM