ANGGOTA polis hadir di lokasi remaja jatuh dari tingkat lima flat di Taman Pulai Utama, Johor. FOTO Ihsan Pembaca.
ANGGOTA polis hadir di lokasi remaja jatuh dari tingkat lima flat di Taman Pulai Utama, Johor. FOTO Ihsan Pembaca.
Izz Laily Hussein


Iskandar Puteri: Remaja perempuan ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima flat di Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, di sini.

Pelajar berusia 17 tahun itu ditemui pada 5.45 petang semalam di bawah blok oleh penduduk yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, terdapat saksi yang nampak remaja itu bermain telefon di tingkat lima, sebelum mendengar bunyi sesuatu jatuh.

"Saksi nampak mayat mangsa berada di lantai bawah blok dan terus menelefon Balai Polis Kangkar Pulai untuk memaklumkan kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati sebelum kejadian, remaja itu bergaduh dengan teman lelakinya.

"Teman lelaki mangsa mengatakan mahu memutuskan hubungan dan sebelum kejadian, mangsa ada menghubungi lelaki itu tetapi tidak dijawab," katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2022 @ 6:58 PM