RADZI menyampaikan ucapan di Majlis Bicara Transformasi Pendidikan Bersama Komuniti. FOTO Eizairi Shamsudin
RADZI menyampaikan ucapan di Majlis Bicara Transformasi Pendidikan Bersama Komuniti. FOTO Eizairi Shamsudin
Mahaizura Abd Malik


Hulu Kelang: Calon Putrajaya yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Radzi Jidin tidak gentar berdepan dengan calon lain terutama penyandang kerusi itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Radzi berkata, apa saja cabaran akan dihadapi dengan sebaik mungkin walaupun berdepan dengan Tengku Adnan yang berjaya mengekalkan kerusi itu selama empat penggal berturut-turut.

"Saya pergi situ (bertanding di Putrajaya) bukan hendak ancam sesiapa (cuma) mahu menang saja.

"InsyaAllah apa saja cabaran kita usahakan yang terbaik," katanya pada sidang media selepas Majlis Bicara Transformasi Pendidikan Bersama Komuniti di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas nya di Putrajaya menentang Tengku Adnan dan beberapa calon lain.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada isu setempat seperti penyelenggaraan kuarters kerajaan, pengangkutan bas serta masalah parkir yang dihadapi penduduk setempat.

"Saya sudah duduk Putrajaya empat tahun dan kita faham (masalah dan cabaran setempat).

"Apa yang paling penting kita akan laksanakan yang terbaik untuk penduduk Putrajaya.

"Potensi Putrajaya cukup luas tetapi ada keperluan perkara mendesak (perlu diselesaikan) termasuk penyelenggaraan kuarters kerajaan, pengangkutan bas serta parkir yang diutarakan dan tidak diberi perhatian sebelum ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2022 @ 2:28 PM