Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan disaring lebih menyeluruh dengan status mereka turut disemak di pejabat agama dan agensi berkuasa lain.

Semakan di pejabat agama sebagai tambahan kepada saringan yang ditetapkan sebelum ini iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon berkaitan dengan pejabat agama.

"Kalau dulu kita tidak 'check' perkara ini, ...kali ini kita akan periksa.

"Mana tahu mungkin ada berkahwin di Siam (Thailand) ada nafkah anak tidak berbayar," katanya pada sidang media selepas Taklimat Khas PRU15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, hari ini.

ISMAIL Sabri pada sidang media selepas Taklimat Khas PRU-5 dan Monsun Timur Laut 2022 bersama Perdana Menteri di Bukit Aman, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
ISMAIL Sabri pada sidang media selepas Taklimat Khas PRU-5 dan Monsun Timur Laut 2022 bersama Perdana Menteri di Bukit Aman, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2022 @ 2:30 PM