Sebuah PPS dibuka di SK Bukit Mutiara bagi menempatkan 17 penduduk Kampung Paya Kenangan yang terjejas akibat banjir kilat malam tadi. FOTO IHSAN APM
Sebuah PPS dibuka di SK Bukit Mutiara bagi menempatkan 17 penduduk Kampung Paya Kenangan yang terjejas akibat banjir kilat malam tadi. FOTO IHSAN APM
BERNAMA

Johor Bahru: Hujan lebat lebih dua jam pada 7 malam tadi menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor membabitkan daerah Johor Bahru.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air.

"Kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan di sini, ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang dibuka pada 10.30 malam tadi," menurut kenyataan itu.

Menurut JPBD, paras air Sungai Skudai, Kampung Pasir di sini menunjukkan bacaan 0.3 meter iaitu paras waspada selain cuaca di Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan hujan, manakala lapan daerah lain mendung hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2022 @ 10:07 AM