DATUK Baharuddin Ahmad (kiri) dan Datuk Muhammad Zaki (kanan)
DATUK Baharuddin Ahmad (kiri) dan Datuk Muhammad Zaki (kanan)
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat 26 pegawai kanannya berkuat kuasa, 25 Oktober ini.

Mendahului senarai adalah Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Khas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kelantan baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Selain itu, katanya, Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas, Datuk Mohd Khalid Ismail akan menggantikan jawatan yang ditinggalkan Baharudin.

"Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan memangku pangkat CP.

"Selain itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayub dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

"Turut bertukar jawatan adalah Ketua Cawangan Khas Johor, Senior Asisten Komisioner Jalaludin Hamid akan menggantikan tempat ditinggalkan Mohd Khalid," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jawatan Timbalan Ketua Polis Johor pula akan digantikan dengan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, SAC S M M Kumar yang akan memangku pangkat DCP.

Menurut Noorsiah, pertukaran seterusnya membabitkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Anuar Othman kepada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dan memangku pangkat DCP.

"Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor, Asisten Komisioner (ACP) Md Khair Othman ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan memangku pangkat SAC.

"Selain itu, Penolong Pengarah Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Perjawatan, Jawatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya.

Kata Noorsiah, pertukaran juga membabitkan Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang, ACP Nor Azizi Maarof kepada Ketua Cawangan Khas Johor dan memangku pangkat SAC).

"Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan turut memangku pangkat SAC.

"Turut ditukarkan, Ketua Unit Penguatkuasaan Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, ACP Luqman Abdul Rahman kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak dengan memangku pangkat SAC.

Katanya, pertukaran juga membabitkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid pula ditukarkan kepada Ketua JPJKK Johor dengan memangku pangkat SAC, manakala jawatan Ketua Polis Daerah Taiping akan diisi Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid dengan memangku pangkat ACP.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2022 @ 10:04 PM