ARJUNAIDI
ARJUNAIDI
OSMAN
OSMAN
KHAIRI
KHAIRI
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 12 pegawai kanan pasukan itu berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bukit Aman semalam, mengetuai senarai adalah Timbalan Pengarah E1 (M), Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Hahya yang dilantik Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh pula bertukar ke jawatan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP) manakala Ketua Jabatan Pengurusan Perak, Datuk Azman Yusof dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Am Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA) Pasukan Gerakan Khas, Datuk Jaafar Mohd Yusof pula dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Ketua Penolong Pengarah (E2) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Pengarah (E1) Cawangan Khas Bukit Aman manakala Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Datuk Awang Sahari M Nadzeer dinaikkan pangkat Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, masing-masing memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam (KDN/KA) Kepolisan Am Datuk Amer Awal kekal di jawatan yang sama, tetapi dinaikkan ke pangkat dengan memangku Deputi Komisioner (DCP).

Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah/Pemalsuan/Pelencongan/Tanah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed dinaikkan ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa pula dinaikkan ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Special Task Force Dalam Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 (Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap) Urus Setia KPN Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Mohd Azman Ahmad Sapri pula dinaikkan ke jawatan ACP Special Task Force Dalam Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 (Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap) Urus Setia KPN Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Superintendan (D7A) Pencegahan/ATIP/ ASOM Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Amir Rasid Derani dinaikkan ke jawatan Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Pegawai Turus (E1C2) Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Tan Beng Yeow ditukarkan ke ACP SLO Beijing Republik Rakyat China dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:17 AM