SHANIDZE Nodar dikhuatiri lemas. FOTO Ihsan APMM
SHANIDZE Nodar dikhuatiri lemas. FOTO Ihsan APMM
Omar Ahmad


Kota Tinggi: Kru kapal tangki yang sedang bersauh dikhuatiri lemas, dipercayai hilang selepas terjun laut di kedudukan 43.7 batu nautika timur laut Tanjung Sedili pada 5.30 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mangsa, warga Georgia dikenali sebagai Shanidze Nodar, 22, bekerja sebagai kelasi.

Katanya, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima makluman daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya mengenai kejadian itu disampaikan oleh nakhoda kapal tangki terbabit melalui emel.

"Mangsa dilihat kali terakhir berada di atas kapal pada 10 September lalu berpakaian baju dan berseluar pendek berwarna hitam.

"Pencarian dilakukan di atas kapal oleh kru-kru kapal namun gagal menemui mangsa.

"Pihak MRSC Johor Bahru sudah mengaktifkan SAR pada 3.30 pagi tadi membabitkan sebuah kapal KM PERWIRA dan bot ronda PERKASA 30 milik Maritim Malaysia serta sebuah bot FCB 1123 milik Tentera Laut Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata, keluasan sektor pencarian adalah seluas 20 batu nautika persegi dari lokasi kapal bersauh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 12:19 PM