GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Noor Hidayah Tanzizi


Pangkor: Kertas siasatan berhubung seorang remaja perempuan yang didakwa dirogol enam lelaki pada 18 Julai lalu, sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan itu diserahkan kepada pihak berkenaan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan menunggu arahan selanjutnya untuk proses seterusnya.

Media sebelum ini melaporkan, enam lelaki termasuk remaja terbabit ditahan selepas didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah, 18 Julai lalu.

Semua suspek berkenaan ditahan di sekitar Ipoh susulan laporan polis dibuat ibu mangsa selepas menemui anak perempuannya itu dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa berkenalan dengan seorang daripada suspek dan dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru sebelum ditinggalkan di rumah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2022 @ 5:53 PM