GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Hidayah Tanzizi


Pangkor: Lelaki yang dipercayai merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi Instagram (IG) di Selama, Selasa lalu, ditahan polis.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga penduduk tempatan sejak setahun lalu menerusi aplikasi itu.

Kejadian itu dikatakan terbongkar apabila ibu mangsa mencurigai mesej pada telefon bimbit anaknya itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan penahanan suspek berkenaan.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian itu.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Siasatan kes ini sudah lengkap dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 January 2022 @ 5:19 PM