GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad

Johor Bahru: Pesara menanggung kerugian RM529,300 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima aduan daripada lelaki berusia 85 tahun itu Khamis lalu.

Katanya, mangsa menerima panggilan daripada suspek pada pertengahan Mei lalu dan diugut kononnya terbabit dengan kegiatan penggubahan wang haram dan akaun bank disiasat pihak berkuasa.

"Mangsa yang terpedaya mengikut arahan suspek dengan melakukan memindahkan wang malah menyerahkan akses perbankan dalam talian kepada suspek.

"Mangsa tidak melakukan transaksi secara dalam talian sebaliknya pengeluaran dibuat oleh suspek kerana mangsa menyerahkan kad ATM kepada suspek.

"Transaksi dilakukan sejak 26 Jun lalu hingga 6 Julai lalu. Pengeluaran yang dilakukan sebanyak RM10,000 melalui mesin ATM dan RM30,000 melalui pemindahan wang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pada 13 Julai lalu, mangsa membuat semakan akaun miliknya dan mendapati wang berjumlah RM529,300 dikeluarkan tanpa pengetahuannya malah dipindahkan kepada beberapa pihak yang tidak kenali.

"Mangsa membuat laporan pada Khamis lalu dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2022 @ 12:29 PM