GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Lebih 200,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (Sada) di Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Kulim Hi-Tech terjejas selepas operasi kedua-dua Loji Rawatan Air (LRA) kawasan berkenaan terpaksa dihenti tugas malam tadi akibat bencana banjir dan kepala air di Baling, kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, operasi LRA Kulim Hi-Tech dan LRA Pinang Tunggal, Sungai Petani terpaksa dihenti tugas pada jam 10.50 dan 11.10 malam tadi kerana kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi selepas bencana berkenaan.

"Penutupan sementara ini akan menjejaskan 80,000 akaun di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun pengguna di Pinang Tunggal, Sungai Petani.

"Sada akan membuat penghantaran air terawat melalui lori dan tangki kepada kawasan yang terjejas akibat daripada penutupan dua LRA berkenaan," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau, hari ini.

Kelmarin, banjir dan kepala air di Sungai Kupang menyebabkan air melimpah ke kawasan penempatan penduduk sehingga menyebabkan tiga sekeluarga di Lata Celak, Kampung Iboi ditemukan lemas semalam selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 9:11 AM