GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Sentul: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima panggilan kejadian pada 3.30 petang.

"Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu ditemui terjatuh di tingkat tiga bangunan berkenaan. Ibu mangsa berusia 32 tahun berada di lokasi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 6:07 PM