LELAKI yang ditahan reman di Mahkamah Majistret Tumpat, baru-baru ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
LELAKI yang ditahan reman di Mahkamah Majistret Tumpat, baru-baru ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 40 tahun disambung reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh wanita hamil yang ditemukan maut dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki yang ada hubungan dengan mangsa itu disambung reman sehingga Selasa ini.

Katanya, lelaki itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pada masa yang sama, kita juga memburu seorang suspek lelaki berusia 21 tahun untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang mengandung tujuh bulan ditemukan pada 4 petang Sabtu lalu oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Susulan itu, lelaki berusia 40 tahun ditahan dan direman selama lima hari bermula 5 Jun sehingga hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2022 @ 11:48 PM