BEKAS Pengarah Kastam Kelantan berusia 60an dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas lima hari ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan di Kelantan. FOTO Zaman Huri Isa
BEKAS Pengarah Kastam Kelantan berusia 60an dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas lima hari ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan di Kelantan. FOTO Zaman Huri Isa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


BEKAS Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, isteri dan seorang lagi lelaki dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, selepas ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari.

Mereka direman bagi membantu siasatan berhubung pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan.

Manakala, seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri berusia 42 tahun disambung reman selama dua hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Akhbar sebelum ini melaporkan SPRM menahan bekas pengarah JKDM berusia 60-an dan dua pengarah syarikat swasta, Sabtu lalu.

Penahanan mereka bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan dan perlombongan haram serta penyeludupan.

Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, bekas pengarah JDKM itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan, manakala dua individu lain dicekup di hotel di Genting Highlands.

“Sejumlah wang tunai turut dirampas daripada individu terbabit dan mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Berita berkaitan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/501884/bekas-pengarah-jkdm-ditahan-sprm

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 1:19 PM