GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Melvin Joni


Padawan: Wanita warga Indonesia ditemukan meninggal dunia dengan kelar pada leher dalam sebuah bilik di MJC Batu Kawah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi sejurus menerima laporan daripada rakan mangsa kira-kira 4.56 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 35 tahun ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah oleh anak perempuannya berusia tiga tahun sebelum memberitahu rakan ibunya.

"Semasa kejadian, anak mangsa menangis dan apabila pengadu bertanya kepadanya, dia membawa pengadu ke bilik mereka sebelum mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami luka besar di bahagian kerongkong disyaki ditikam menggunakan senjata tajam dan tiada kesan pecah masuk di bilik mangsa," katanya.

Katanya, siasatan awal polis mendapati motif kejadian dipercayai akibat cemburu atau samun dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2022 @ 1:17 PM