Dadah syabu yang dirampas daripada pasangan kekasih terbabit. FOTO MELVIN JONI
Dadah syabu yang dirampas daripada pasangan kekasih terbabit. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Padawan: Pasangan kekasih ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dan memiliki dadah ketika pemeriksaan di sebuah bilik di MJC Batu Kawa di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, pasangan berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di pada 10 pagi.

Menurutnya, polis yang ke lokasi itu pada mulanya terpaksa mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum suspek lelaki membukanya.

"Pemeriksaan di dalam bilik berkenaan menemui beg kecil warna hitam yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 5.16 gram dan dianggarkan bernilai RM400," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaw Shyong berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua mereka kemudiannya mendapati positif dadah.

Menurutnya, pasangan terbabit akan direman di Mahkamah Majistret Kuching pada hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 1:54 PM