SITI Norassikin menunjukkan gambar Iqbal bersama ahli keluarga pada sambutan Aidilfitri ketika ditemui di Taman Impian Jaya, Senai. FOTO BERNAMA
SITI Norassikin menunjukkan gambar Iqbal bersama ahli keluarga pada sambutan Aidilfitri ketika ditemui di Taman Impian Jaya, Senai. FOTO BERNAMA
Mary Victoria Dass

Kulai: Jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), Iqbal Hasnun Halimi, 23, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Saleng, Senai.

Ibu saudara kepada Iqbal Hasnun, Siti Nurassikin Paralan, 43, berkata, keluarganya menerima panggilan daripada ibu bapa arwah yang menyatakan masih dalam proses menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurutnya, jenazah arwah hanya dapat dituntut dan dibawa pulang selepas selesai urusan berkenaan.

"Kami hanya menanti ketibaan mereka di rumah keluarga mereka di Taman Impian Jaya, Senai, kerana setakat ini masih tiada perkembangan lanjut.

"Jenazah Iqbal dijangka akan dikebumi di tanah perkuburan berhampiran di Senai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Iqbal Hasnun adalah antara lima mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar, semalam.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 9:48 AM