ANGGOTA BBP Kanowit mengangkat mayat wanita yang ditemukan terapung berhampiran jeti Shell Kanowit, Sungai Batang Rajang. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA BBP Kanowit mengangkat mayat wanita yang ditemukan terapung berhampiran jeti Shell Kanowit, Sungai Batang Rajang. FOTO Ihsan JBPM
Melvin Joni

Kanowit: Mayat seorang wanita ditemui terapung berhampiran jeti Shell Kanowit, Sungai Batang Rajang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada Balai Polis Kanowit pada jam 12.50 tengah hari.

"Mayat itu berpakaian lengkap, seluar dan baju-T warna hitam dan tiada pengenalan diri ditemukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit yang memakai sut peralatan perlindungan diri mengambil mayat itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2022 @ 4:14 PM